Source: Wikipedia. Pages: 31. Bab: Sabran Asmawi, Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim, Abu Bakar al-Baqir, Muhammad Saman Bin Muhammad, Farawahida Razali, Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi, Endon Mahmood, Ibrahim Pendek, Yusof Ishak, Yusry bin Abdul Halim, Zahiril Adzim, Wan Rashidah bte Meor Abdul Rashid, Fauziah Nawi, Mohammed Hanif Omar, Ahamad Pakeh Adam, Abdullah C.D. Petikan: Tokoh Ulama' Nusantara Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari Rahimahul-Allah Ta'alaAllahyarham Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi (Arab: singkatan Allahyarham TG) atau Jaberal@Sabran bin Hasamawi@Asmawi (April 1, 1938 - Januari 2, 2007), merupakan salah seorang murid kanan dari Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Saman Bin Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Guru Haji Mat Saman Kati. Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 1hb April, 1938 bersamaan dengan 30 Muharram 1357H di sebuah kampung bernama Sungai Malau, berdekatan Changkat Lobak, Bagan Serai, dalam Daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Sepanjang hayatnya selama 69 tahun, beliau telah menyumbang sebahagian daripada umurnya untuk berbakti dan berjuang untuk meninggikan syiar agama Islam berpusat di kampung halaman khususnya di Alor Pongsu, Bagan Serai, dalam negerinya dan negaranya melalui pendekatan jalan dakwah dan usaha meningkatkan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan masyarakat dan anak bangsa melayu Islam. Allahyarham sangat terpengaruh dan terkesan sekali dengan ulama besar Ulama Banjar seperti Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (MAA) ( ) penyusun bagi kitab Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din ( ). Nama dan gelaran penuhnya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman al-Banjari bin Saiyid Abu Bakar bin Saiyid Abdullah al-'Aidrus bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf bin Saiyid Muhammad Maula a...